Mozilla FireFox Web Browser 7.0.1 telah dikeluarkan, sudahkah anda UPDATE web browser anda?
Setelah beberapa minggu saya tidak menggunakan web browser mozilla firefox ini. Ini adalah kerana saya sering menggunakan Google Chrome web browser sebagai peganti firefox.
Dahulu saya memang meminati Mozilla FireFox kerana ada pelbagai add on yang saya gunakan pada firefox supaya kerja-kerja surfing saya menjadi lebih laju dan lancar. Tetapi semenjak update ke versi 6.0.xx, ada beberapa bugs yang membuatkan beberapa add-on yang saya gunakan tidak berjalan.
Disebabkan itulah saya menggunakan Google Chrome sebagai peganti untuk sementara. Kini mozilla firefox sudah update ke versi 7.0.1 dan selepas saya download update, segalanya berjalan dengan lancar seperti dahulu.
Mungkin ada juga webmaster seperti saya yang mengalami masalah yang sama, tetapi selepas anda mengupdate ke versi 7.0.1, saya rasa ianya dapat menyelesaikan masalah anda. Cubalah update ke versi terbaru Mozilla FireFox 7.0.1 dan lihat perbezaannya sendiri.
Anda akan rasa seperti tagline Mozilla FireFox iaitu “a new look”, “super speed”, “even more awesomeness”.
Untuk update ke Mozilla FireFox 7.0.1, anda boleh layari web Mozilla FireFox atau ikuti cara ini :
Langkah 1 : Buka Mozilla FireFox anda.
Langkah 2 : Pada menu drop down firefox, pilih Help ->> About FireFox
Langkah 3 : Anda akan lihat versi firefox yang anda gunakan. Jika versi lama, firefox akan suggest anda untuk UPDATE kepada versi terbaru iaitu 7.0.1
Langkah 4 : Klik sahaja update dan biarkan FireFox update.
Langkah 5 : Selesai, sekarang cuba semak semula versi FireFox anda. Jika FireFox 7.0.1 anda akan lihat seperti window dibawah ini.
Selamat mengupdate.
Sumber : http://www.rtikel.com
Langganan:
Posting Komentar (RSS)
Special Thanks
Thanks To Visit My Blog. :)
0 komentar on Mozilla FireFox Web Browser 7.0.1 :
Post a Comment and Don't Spam!